Saturday, August 29, 2009

kisah makcik2 n tadarrus al-quran


Ahlan wasahlan ya Ramadhan.I miss u so much!!!!Nape r mak x letak nama aku Nur Ramadhan sempena aku lahir 1 ramadhan,eh?(monolog di tengahari.xde kaitan ngan entry.hehe..)

Best smbut ramadhan kat uma ni.of course r dpt mkn sedp2...Alhamdulilllah....Tp, aku nak share pengalaman aku bertadarrus ngan makcik2 kt kg aku ni.Start tadarrus dlm kul 10.15 mlm.kira lps tarawih r.ape yg bleh aku katakan,poning kepala,den!

Mana x pening,aku sorg je anak dara yg join tadarrus tu.segan gak nak bc sekali ngan makcik2 ni(termasuk mak aku).ade yg dah x brp nampak,so bc sekat2..ada yang baca tunggang langgang abis.panjang pendek,dengung,sume ntah kemana.Diorg suh aku tegur kalo de slh silap.Tp,mslhnya,bila ditegur,x dgr r plak.kdg2,sbb salahnye byk sgt,aku biarkan je sbb tkt diorg bengang plak kalo asyik tegur. Ada gak diorang gaduh psl tanda berhenti.ada yang ckp tanda 'jim' kecik kat atas wajib berenti.ada yg ckp wajib terus.fuh,masing2 confident.so,diorg rujuk kat aku yg de sedikit ilmu ni.aku pun bg tau r suh tgk directory dlm quran.Selesai...Tanda 'jim' harus berenti dan harus sambung...

De gak mak cik yg complain aku bc laju sgt tak sempat nak semak.so,kene r aku bc slow2.Yg geli hatinya,kdg2 aku kena bace page lebih ckit dr diorg sbb diorg kata aku leh bc lancar,cepat ckit abis.kdg2 aku ase tadarrus kat cni cam pertandingan 'KUMPULAN SAPE PLG BYK BACA'mlm ni.Berlumba2 tanya group len dpt baca brp page 1 mlm.ADUS...

Tapi,sbnrnya yg plg bermakna bila kita baca,memerhati n memikirkan maksud dlm ayat2 yg dibaca.Baru r kita bleh terdorong nak amalkan isi A/-Quran tu.pendek kata,BerTADABBUR dgn Al-Quran.Firman Allah dlm surah an-Nisa',ayat 82 yang bermaksud:"Apakah mereka tidak memperhatikan (isi) al-Quran...?"

Anyway,tahniah pd sume makcik2 yg berusaha bersungguh2 meningkatkn amal di bulan ramadhan ni.Tp, aku doakan n harap diorg sume akan paham maksud tadarrus Quran yg sebenar bukan pertandingan sape baca plg byk sampai tajwid tunggang langgang...Ya Allah,terimalah amalanku dan amalan semua mukminin da mukminat di bulan ramadhan ini.AMEEN....FASTABIQUL KHAIRAT.....

Thursday, August 20, 2009

pergi dengan rungutan,pulang dengan senyuman:>

with alia,balqish n hajar yg tak nak blk kls dia.nak lps rindu kat aku.


Hari ni,19/8/09 B.Ed Maths ada task kena buat kat sekolah.kitorang kena create theory sendiri n then try out activity ngan students kat sekolah.Ala,kena g sekolah g ke??trauma...!!!!!!!ada byk kes kat sek tu.hanya aku n mal je yg tau.x nak g sekolah tu...huhu...(teringat sampai aku tahap hipertension dulu.xpenah2 tekanan drh aku naik setinggi tu).Hurm,penat agaknya kak kin n ain jai yg satu kete ngan kami spnjg perjalanan dgr kami x nak g sekolah.

Tapi,sbb dah tugas,kami pun gagahkan juga g sekolah 2.well,xde pepun yg berlaku.everything is ok.dlm2 ok 2,tersrempak juga ngan org yg buat kitorg trauma tu.sekali lagi,aku hampir2 terkena.cepat2 aku melarikan diri.huhu...trauma2...

Bdk2 enjoy ngan activity investigation yg aku wat.and,sempat gak main twister ngan diorg.sbnrnya mal nak wat kat kls dia.disebabkan tak sempat,wat r kat kls aku.bdk2 tu menangis2 n peluk kitorg kuat2 bila kitorg da abis ngajar.Aduh,bdk2 ni..nyaris2 air mata aku tumpah lagi kat sek ni.Ada gak cikgu2 yg x suka ngan situasi tu."Dah2 jgn nak menangis2,cikgu tu ajar x sampai setahun sibuk nak nangis2"...Oops,nangis pun salah?anyway,kpd ank2 murid teacher,teacher syg kamu sume.especially 4B n 3B.


Aku terfikir,jenis cikgu cmne r aku akan jumpa kat sek nanti?aku suka mengajar,tapi aku tak suka n penat memikirkan kerenah2 yg x sepatutnya ada pd guru.mampu tak aku bawa diri nanti?bukan senang nak mengawal emosi bila berdepan dgn org yang pelik2 ni.pengalaman yg aku dpt kat sekolah tu bukan setakat pedagogy n content knowledge,but also inner strength utk berdepan sbrg kemungkinan x diduga.

Dlm kul 12 tengahari,ain jai pun sampai amik kitorg kat sekolah.kitorg g mkn kat tesco.then,g parkson nk tgk best ke x.(Hurm,bg aku x brp best.cam billion layout dia).Plg best,bila ain jai mengeluarkan idea bernasnya mkn cendol.kedai cendol tu x jauh dr sek keb indera petra.nama jaln dia,x igt r pulak.jln long yunus kalau x silap.
Best sgt2 cendol kat situ.I like it..kak kin ckp,aku da jadi cam Maria Tunku Sabri bila cite psl kesedapan mknn.mmg sedap sgt...isi banyak,tak manis sgt,harga pun berpatutan.RM2.80 je.Lps tu,kitorg meronda kat airport.tgk kpl terbang berlepas.sbnrnya nak beli colek buah,tapi xde rezeki.xpela,cendol td masih mengenyangkan.




Pastu,anta r kete sewa tu blk.kena charge RM45.mls da nak pikir psl harga sbb puas ai berjalan ari ni.And,balik r kami sume dgn senyuman....sebab kitorg enjoy our journey very much.And,kitorg pun reka r tagline "pergi dengan muka monyok,pulang dgn senyuman".

Tuesday, August 18, 2009

Aku terima nikahnya....




Dah final sem ni, ramai sahabat2 yang dah mendirikan masjid dan akan mendirikan masjid tak lama lagi. Alhamdullillah, dah sampai jodoh diorang… Semoga sahabat2 semua mendapat kebahagiaan yang dicari.Aku???Wallahualam, hanya Dia yang tahu. Tapi, bukan mudah sebenarnya seorang pemuda dan pemudi yang belum berkahwin untuk menjaga diri. Terlalu banyak godaan,cabaran dan rintangan.Sesungguhnya aku jua al-insan yang amat2 lemah imannya.Iman umat Islam di akhir zaman.Senipis kulit bawang. Kualiti umat islam diakhir zaman,ibarat buih-buih dilautan.Banyak bilangannya,namun rapuh .Astaghfirullah....

Dalam sebuah ceramah bertajuk Cinta Forever yang pernah aku hadiri,aku amat2 terkesan dgn hadis yang dibacakan oleh ustaz Tn Hj Norazman yang maksudnya lebih kurang macam ni;SIAPA YANG SYOK KAT SESEORANG,TAPI MENAHAN PERASAANNYA,SAMPAI TIBA MASANYA,KALAU DIA MENINGGAL KETIKA ITU,DIA MATI SYAHID.

Aku terkesima.MATI SYAHID?MasyaAllah,rupa2nya tinggi taraf berperang dengan perasaan yang tak syaro' ni. Ustaz menambah lagi,apabila kita silap memilih cinta,cinta selain Allah,merupakan kesesatan dan melemahkan ikhlas dan akhirnya jatuh ke lembah syirik. Sekali lagi aku tersentak. SYIRIK??????

Aku juga terkesan dengan pesanan dari kak Ha(Ustazah Fatimah Syarha:pengarang novel Tautan Hati).Ustazah kata,CINTA MERUPAKAN HADIAH DARIPADA ALLAH UNTUK INSAN BERNAMA HAMBA,WAJARKAH SAYANG HADIAH LEBIH DARIPADA PEMBERINYA?

Namun,Islam tidak pernah membunuh naluri cinta kerana cinta itu fitrah. Tapi yang utama:

1)Cinta Allah

2)Cinta Rasul

3)Cinta Al-Quran

" sesiapa yang bercinta sebelum berkahwin,itu bukan fitrah"

(Ibn Qayyim).

Berkahwin kerana cinta(syirik)

Berkahwin kerana Allah(syaro')

Bila kita sayang makhluk lebih daripada Allah,kita kehilangan Allh.(Nauzubillah.....)

Ini pula petikan dari novel @artikel yang pernah sy baca.Terlupa pulak sumbernya.Tapi,elok untuk direnungkan:

"Kalau benar-benar dia cintakan saya kerana Allah, bukan dengan cara nak mendekati saya selalu dan asyik merindui saya. Itu memang fitrah yang harus diiringi mujahadah. Sepatutnya, dia mendahulukan ummi dan abah saya untuk membuktikan betapa seriusnya dia. Kalau cara ini dianggap susah, tidak salah untuk dia berterus-terang pada saya sendiri tapi biarlah dengan tujuan agar saya sekadar tahu hasrat hatinya bukannya bertujuan agar dapat dapat menghubungi dan berjumpa dengan saya selalu. Itu tidak syaro’! dia harus menganggap perasaan cintanya itu hanya sebahagian kecil daripada kehidupannya kerana masih banyak perkara lain yang perlu diutamakan sebagai seorang pelajar. Lagipun, tak confirm lagi bahawa perasaan itu akan direstui oleh Allah atau tidak kerana mungkin Allah menjanjikan orang yang lebih baik lagi untuknya. Takutlah untuk terlalu sayang pada seseorang kerana mungkin dia akan menjadi orang yang paling dibenci. So, selepas berterus terang, yakinlah dengan kebijaksanaan perancangan Allah. Tutuplah segala pintu yang boleh menjauhkan diri dari mempunyai hubungan dengan Allah. Bila dah benar-benar rasa bersedia, terutamanya bila dah ada ilmu dan pendapatan untuk tanggung sebuah keluarga, tak perlu tunggu lama-lama. Kalau dah jodoh takkan ke mana. Yakinlah pada Allah dan pasrah pada qodo’ dan qodar-Nya. Allah Maha halus perancangan-Nya,”

Cinta Allah takkan mengecewakan. Bila kita utamakan Allah dalam hidup kita, insyaAllah Allah akan utamakan kita pula untuk menjodohkan kita dengan seseorang yang turut mencintai-Nya.InsyaAllah...

Ni beberapa buku yang boleh dijadikan panduan tentang cinta ADAM n HAWA yang syaro'.Best sgt buku2 ni.Aku dah baca. cara penyampaian pun tak membosankan.Sesuai dgn jiwa semua peringkat umur.

1)Aku terima nikahnya(Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)

2)Bercinta Sampai Syurga(Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)

3)Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul(Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin)

4)Satu Rasa Dua Hati(Ustaz Pahrol Mohd Juoi)

5)Men From Mars,Women from Venus(John Gray)





Lastly,hayatilah lirik lagu destinasi cinta ini(Lagu kegemaranku sesuai dgn post kali ni)
.Tumpukan pada part yang aku bold.
Destinasi Cinta
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku..Ya Allah..

p/s:post ni sekadar untuk perkongsian ilmu untuk peringatan bersama.Diri ini juga sering alpa.Amat berat lagi ujian bagi orang yang memberi peringatan.Ya Allah,ampunkan dosa2 hambaMu ini..
p/s:Ustaz Hasrizal ada buat drama bertajuk CINTA SEMPURNA.Aku dah tgk previewnya.memang best.ditayangkan mulai 17 Ogos 2009 di astro Oasis.Setiap Isnin-Jumaat.3p.m,10p.m,4.30a.m

Mak jang sayang nisa',mirza,nazirul,luqman hakim.....

Disebabkan aku da homesick sgt ni,aku nak cite pasal 4 anak buah kesayangan aku ni. 1)Kharunnisa' bt Saiful Azizi(anak kakak aku no2)



Hepi besday to u nisa!(15/8/2006).Anak buah aku,khairunnisa' ni mmg nakal n byk ckp.(mmg best lwn ckp ngan budak ni)tp,rupanya dialah anak buah paling tak materialistik.hehe...mana taknya,aku tanya hadiah besday nak pe,dijawabnya nak gula-gula warna ungu,yang boleh gigit2...so simple.kalau mirza mizwar n al-nazirul mubin,mintak kete control.mahal tu...pening mak jang dibuatnya...

2)Mirza Mizwar bin Yusaini(Anak sulung kakak ak yg sulung)



Mirza the great..budak ni mmg budak plg rajin penah aku jumpa.bygkan,umur dia skang baru 6 thn,tapi bleh ckp cita2 dia secara detail.Ada satu ari tu, dia tanya mama n abahnya" tau x cmne nak jadi angkasawan?"dia pun cite r nk jadi angkawan kena wat test itu ini,kena jd doktor....bla3x....fuh,mmg expert.pastu,dia tanye mama n abah lagi "mama n abah tau tak sape agkasawan pertama?"mama n abah dgn bangganya jwb senang je soklam mija tu,sheikh muzaffar..then,mija tanya lagi angkawan kedua? mama n abah pun jawab dgn senangnya,Dr Faiz...Then,mija tanya lagi,tau tak siapa angkasawan ketiga?mamanya yg blur pun bertanya pada abah"abang,ada angsakawan baru ke skang?"mija dgn bangganya ketawa n kata"mijalah orangnya...!!"Dia ni kuat study.rajin wat latihan dlm buku.b.arab,maths,english sume power.x hairanlah baru ni abah dia bagi hadiah hp sbb dia pandai membaca n menang no 2 dlm story telling competition.GOOD LUCK,Mirza!mak jang doakan mirza dpt capai cita2..

3)Al-Nazirul Mubin bin Yusaini(adik mirza mizwar)



Dia ni hensem.haha..memang kontra gila perangai nazirul n abgnya,mirza.dia ni mls belajar.suka main je.suka cari pasal ngan abgnya sebab jeles abg dia selalu kena puji sbb pandai sgt.tp,dia ni r anak buah paling penyayang.suka layan 'pak bangnya'(abang aku yg terencat akal).anak buah len sume tkt ngan pak bang.lagi satu,dia ni mmg kuat daya imaginasinya.kdg2 kreatif gak.suka wat benda yg unpredictable. pepun,iyul(nama manja nazirul) ttp anak yg baik.biasa r tu,sorg rajin belajar,sorg malas...tapi,dua2 ada kelebihan masing2...
4)Luqman Hakim bin Saiful Azizi(adik nisa')



Tak nampak g perangai dia sbb baru je lahir 17 Mei 2009.tunggu r besar ckit,siap r ko nisa'...adik yg buli kakak nanti.

5)??????
dlm kandungan kakak sulung aku....lelaki ke perempuan?

p/s:rindu kat budak2 ni...bila r bleh de anak sendiri?(oops,isu sensitif ni..hehe...)

Thursday, August 13, 2009

Rezeki yg x disangka2..




Mlm td(12/8/09), mlm bertuah aku n sahabat2(dayah,ina,ida,ani,kak kin,ain jai,akmal,liz,ima,).Kitorg join pertandingan nasyid n busana Muslimah sempena Malam Untukmu Puteri. Sbnrnya kitorg msk suka2 je.nak menambahkan aktiviti n cipta kenangan bersama. Maklum r,dah sem akhir ni.(Sedih plak..uhu..)Tup2 kitorg menang nasyid no 3 n busana no 1. (Kredit wat ani yg tlh menjadikan aku STAR mlm tu..hehe..)Mmg rezeki yg x disangka2...Alhamdullilah....Buat kwn2 len yg x msk,thanks for ur support,guys!

Hurm,syukur sgt2x..Tp aku igtkn diri sendiri supaya byk bersyukur ats segala nikmat tuhan.Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 yg bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan,"Sesungguhnya jjika kamu bersyukur,niscaya Aku akan menambah(nikmat)kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku,maka pasti azab-ku sangat berat)".Mudaha2an kita semua sentiasa menjadi hambaNya yg bersyukur n tidak alpa atas nikmat kurniaan tuhan.

Lg satu,disbbkan UH asyik tekankn critical thinking je,aku nak critical sikit pasal lagu yg kitorg nyanyi iaitu puteriku sayang n kerana cinta.kitorg pilih lagu ni sbb sng nak nyanyi n tujuan utama utk nasihatkan diri n adik2 junior.(tgggjwb sbg kakak super senior).Sebabkan lagu tu pjg,aku nak highlight tang chorus n part yg aku plg tertarik je.

Lagu:PuTeRiKu Syg

C/O

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana

Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama

Tiada siapa yang akan

Boleh merampasnya

Melainkan kau sendiri

Yang pergi menyerah diri

Ketegasanmu umpama

Benteng negara dan agama

Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya

Wahai puteriku sayang

Kau bunga terpelihara

Mahligai syurga itulah tempatnya…


Lagu:KeRaNa CiNTa

Dan jangan pula

Kerana bercinta

Kita pun leka

Entah ke mana

Dan jangan pula

Kerana bercinta

Tergadai semua

Maruah agama

Cinta yang sejati

Hanya cintakan Ilahi

Cinta ayah bonda

Tulus suci selamanya

Cintakan saudara masa berada hanya sementara

Cinta sesama insan

Suburkan dengan KETAQWAAN........

Lastly,aku nak share gmbr ni utk renungan semua wanita(termasuk aku) pakaian2 yg tak patut kita pakai kerana still tak menepati syarak.Yg lelaki pun perlu tau gak.korg akan jadi pemimpin keluarga.so,mesti tau.

Menurut Imam Shafie,ada dua qawl ttg aurat wanita:

1)Semua badannya,tanpa kecuali(inilah qawl yg paling sahih,@plg nyata @muktamad, sebagaimana yg ditrgkn oleh Ibn Hajar Al Haytimiyy didlm az-Zawajir.Al-Baydawiy di dalam tafsirnya,dan lain2 para ulama' Shafi'yyah)

2)Semua bdnnya,melainkan muka dan dua tapak tgn.Boleh didedahkan muka dan tapak tangan di jln dan di hdpn lelaki ajnabi,dgn syarat aman drpd fitnah.Wajib menutup muka dan dua tapak tgn itu, bukan kerana ianya aurat,tetapi menutup fitnah dan fasad.

Firman Allah: dlm surah An-Nur,ayat ke 31 yg bermaksud:"...hendaklah mereka tutupkan tudung mereka ke leher dan ke dada mereka....