Tuesday, September 15, 2009

gembira+sedikit kekesalan=BELUM SEMPURNA

sk sembulan
  canopy walkgunung kinabalu


Ramadhan kali ni,terlalu pantas berlalu. Rasa mcm x percaya je tggal beberapa hari lagi Ramadhan akan melabuhkan tirainya.Aku gembira sbb dpt berbuka puasa selama seminggu ngan family.Aku gembira kerana hajatku utk bertarawih di stadium tercapai.aku gembira krn dpt membaca kalam suci Allah setakat yg ku mampu.Aku gembira krn dpt bersama rakan2 seperjuangan merakam detik2 akhir kami bersama bercuti di negeri bawah bayu, Sabah.......SUBHANALLAH,indahnya pemandgan gunung Kinabalu ciptaan tuhan...Seronok juga dpt buat active learning activity in mathematics ngan students SK Sembulan. Bijak jugak bdk2 tu. Mayb sebab sek tu kat kwsan bandar. Uniknya,kelas2 kat sek ni berbentuk kabin sbb kls2 yg ada sblm ni retak akibat bgunan sek merupakan tempat laluan flight. Menariknya,library sek ni merupakan library terbaik di sabah n masuk pertandingan akhir peringkat kebangsaan. Melihat semgat ustazah Aishah membgnkan library tu from zero to hero,meningkatkan motivasi aku utk menjadi seorg guru yg cekal berbakti kelak.I enjoy the trip even though quite tired..
Namun, dalam kegembiraan tersebut,ada juga kekesalan di hatiku ini. Byk jugak kesilapan2 yg aku tlh lakukan.ada juga tersilap kata,melukakan hati teman2..walaupun tidak berniat di hati utk melukakan sesiapa(sekadar igin bergurau),namun terkadg kita tidak sedar lidah yg tidak bertulang ini mampu menghiris setajam pisau. SEDIH...Kata orang,berdiam lebih baik. Tapi,bila kita BERDIAM kerana takut melukakan,ada juga insan yg terluka kerana kita mendiamkan diri. Kdg2,aku tertanya,apakah yg terbaik sebenarnya?1001 kemaafan kupinta andai bicaraku dan tindakanku ada yg melukakan.masih banyak yg perlu kubaiki dlm diri ini.
Aku kesal dlm seronok2 bjln2 di Sabah,amalanku di 10 mlm terakhir ni ntah kemana. Merudum sama sekali. Aku sedar,kekuatan dalamanku belum cukup lagi. jiwaku masih memerlukan banyak lagi santapan rohani untuk menyempurnakan diri.. Sesungguhnya,kembaraku utk bertaqarrub dgnMu di bulan Ramadhan ini,masih BELUM SEMPURNA......

No comments: