Sunday, December 20, 2009

Dunia yg tidak patut

Rasanya masih belum terlambat utk mengucpkan salam Maal Hijrah dlm blog ni. Thn demi thn,buat azam baru,namun x semua yg tercapai.But it's ok.Better than never. Hurm...azam aku aku thn ni bahagiakan diri,btlkan kesilapan lalu, n bina diri jadi guru yg terbaik dr segi sahsiah n prestasi.InsyaAllah....Hijrah tu bukan senang,amat pyh.byk cabaran n dugaaannya lebih2 lg dlm dunia yg tak patut skang ni......


KISAH TELADAN
Aku pernh kenl dgn seorg hamba Allah ni. Prnah sebilik ngan ak 1 ketika dl.Dia seorg yg agk sosial, ckp kasar,x menjaga aurat n solatnya. Pd mulanya, ak takut nk bkwn ngan dia. Ak igt lg ayt yg mula2 kuar dr mulut dia "ko ni nmpak cam baik je,mesti x nak kwn ngan aku.sek agama,eh?Ak ni tua dr ko.tp ko x yah r pggil aku kakak.ko jgn tkejut tgk ak....(mmg ak tkjut ngan appearance dia).aku senyap je dgr dia punya syarahn ttg diri dia. aku tgk je dia ngan muka seposen.tp, ak ase dia x r jahat mana pun bila dia tunjkkan toleransi dia."Aku jenis suka bergayut telefon sampai tgh2 mlm.ko ok x?kalo x ok, bg tau je.Ak ckp ak ok je.... Ak x kisah sgt org nak calling2 ni,asalkn jgn kuat2 sgt sampai ak x leh tido....


Dipendekkan cerita,ak ase ramai yg tkt nak kwn ngan ak becoz ak rapat ngan dia.aku pggil dia kakak even dia x bg.dia x mrh pun tp dia rasa dihargai n dihormati even dia dikategorikan sbg perempuan.......Ntah r.Ak ase dia jujur kwn ngan ak.Bkn jenis bermuka2.Prinsip aku,selagi ak ase org tu ikhlas ngan ak, ak bleh kwn dia.Means dia bleh terima baik buruk ak. Ak tak pernah tegur dia x solat or x tutup aurat secara direct.aku doa dlm ati.(selemah2 iman yg ak ada).But,one day ak ase berat dosa aku kalau x igkn dia bab solat ni.Baru r ak tau dia x nak solat coz kecewa ngan DUNIA ni. Ak simpati ngan background dia.She came from divorcee family.And....she's too frustrated with her life.Dia selalu minta yg terbaik drpd Allah,dlm solatnya,tp dia x pernah dpt yg dia rasa sepatutnya dia dapat.Astaghfirulllah....kesitu plak fikiran akak ni.Ak perbetulkan ckit persepsi dia.Tak semua doa kita segera dimakbulkan.Ada rahsia di sebaliknya.Allah Maha Mengetahui.Dia berterima kasih krn tanya knp dia x solat.And,starting from that day, ak akan ajk dia solat sama2..A bit tiring coz every waktu kena ajak n igtkan dia solat.Alhamdulillah,dia still igt bacaan2 dlm solat.Bacaannya pun merdu sgt2.....(Ak bersyukur dlm hati kerana kakak dh semakin berubah)


One day,  ak happy sgt2 coz dia nak berhijrah utk bertudg n berjubah.Dia berhijrah.Tapi malangnya,penghijarhnnya x kekal lama.Antara sbbnya adlh org2 di sekeliling yg selalu mengeji n mengata ats perubahan dirinya."Sejak bila ko berjubah2 ni?" "Ko x yah r nak buat2 baik".Mcm2 lg r kata2 yg x membina yg diterimanya.Akhirnya, dia bengang n ase lbh baik jadi diri sendiri."Dik, akak x leh nak teruskan.akak ase akak hipokrit wat benda ni sume.Ni bkn diri akak yg sebnr.Dr org asyik ngutuk2 akak,baik akak x yh teruskn.jd mcm dulu lg bagus.Ak cuba pujuk dia,tapi x berjaya....(Kenapa kakak terlalu memikirkan kata2 n pndgn org,bkn pandgn Allah?).Ak reflek diri sendiri.kdg2 ak pun de gak fikir camtu.Mmg tak patut fikir camtu sebenarnya.



Next semester,ak x sebilik ngan dia.Parents tkt aku terpengaruh ngan dia n suh tkr blk.lgpun,ak sllu gak kena g HEP gara2 sblk ngan dia.Ak dijadikan tempat bertanya kalo de yg x kena ngan kakak.Tp sebnrmya,kaka x pernah ajk ak wat jht.dia x suka sshkan or babitkn ak dlm pe2 hal pun.Dia paham n hormat ak. Lps ak tkr bilik,ak tgk kakak makin berubah kpd negatif.Aku sedih.Ya Allah,salah akukah?Ak sepatutnya lebih kuat membimbing dia?1 day yg plg teruk,dia tiba2 dtg blk ak dgn keadaan mggigil.mujur rum8 br ak xde.So, ak bg r dia tmpg tido blk ak mlm 2.Ak heran tgk dia mggigil semcm.Ak bg dia makn,dia x nak.ak tanya dia lapar ke,dia ckp x.Ak risau..Ak syak benda pelik2..."Tolong akak dik".....Ak terus tpk blkg akak sekuat ati.Akak,baik akak ckp ngan ct pe yg brlaku ni?ct tkt tgk akak cam ni....Bila aku dgr prkara sbnr,ase nak luruh jantung n lmh je seluruh bdn"Akak amik Heroin..."Terngiang2 kata2 tu..."Mlm tu, ak cuba tlg  tengkan dia.Akhirnya dia tertidur...Ak pyh nk lelapkan mata tgk tgk dia tertido dlm keadaan menggigil ketagihan.Ya Allah,pe yg harus ak lakukan?Ak bermonolg sendirian...


Esoknya,dia pinjam duit dr ak ckp nak blk KL.Ak pinjmkn je duit,tp ak igtkan dia jgn wat benda bkn2 lg...Sejak tu,dia hilang...And..sampai skang ak x tau dia dimana.Walau dimana pun akak berada skang ni,ct doakan akak di bwh lindunganNya. Ct harapkan yg terbaik utk akak....Hijrah itu mmg payah,tapi kita kena kuat....Semoga akak akan temui hidayahNya n terus berpegang dgn hidayah itu ke akhir hayat.


P/s: Prjalanan  ke syurga itu dipagari dgn duri dan onak.Perjalanan ke neraka dipagari dengan nikmat dan keindahan. Antara keduanya,hanya 1 jln yg benar. Berbekalkan iman,kita perlu melwn duri n onak itu.Namun ia bukan mudah seperti disangka.lebih2 lg di dunia yg tidak PATUT ini.





Friday, December 4, 2009

15 things I remember most about Kelate(2006-2009)



Cepat btl masa berlalu.Hari ni genap 10 hari aku tinngalkan bumi kelantan. Tapi, aku sentisa akan kenang:
1)LEcturer yg berjasa(mr sue, mdm mahany,mdm shikim,mdm azirah,sir wan zul,mdm maheran,sir rosli,sir aziz, miss foo,mr low.....)
Never forget segala komitmen n ilmu yg dicurahkan.My inspiration....

2)Trip UH(Apis,Adli,Bob, Ayie,Fathi, Ina,ani,Dayah, akmal, ain Jai, yani)
When the going gets tough,the tough gets going.Always remember thIS guys.Sweet memories in UK.ke Perth lps ni?God Willing....

3)my rum8+ teman gocoh(Nurul Ain Abd Rahman)
Kwan baik pun dia, teman gaduh pun dia, by the way,she still my best friend.4 years rum8.learn a lot from our friendship.Ain,simpan gelas bertuah kita tu.tnjuk kt anak2...hehe...

4)member2 blok A(Kak kin,ain JAi,Ima,Ani,Ina, Ida,Mal,Sarah,E.J, Liz,Sue,).
Keje plg gila penah berlaku kt cni ms bergduh ngan bdk junior yg smbut besday terlampau.gamat satu blok.yg bestnya,kitorg menang.of course r menang,pihak benar.then,plg x leh lupa naik atas bumbung blok ngan kak kin, ain jai, mal, ani, n ayu masa cuti deepavali.kitorg sarapan roti canai ats bumbung.MANTOP!(terasa cam dlm filem jepun.hihi...)

5)sahabat2 B.Ed MAths UH(50 org,tak larat nak taip sume nama)
   kngn masa kem pengakap,p.luar,B.I.G, dinner, rehlah jeram linang,sabah trip,cameron highlands trip always
   in my memory

6)Ukhwah Rakan MAsjid(Ummi Norma,Ida,Ina,Dayah,Ima, Ani,Aiman, Fahmi, Azizi,Suhana,Farahani,Farah,Farhana,Shu,Rem,Fizah..........)
Segala susah payah yg diharungi utk mmbgnkan rakan masjid bersama kak nadz akan igt sampai bila2.Kenagan di kem Etnobotani, Kem Memperkasa Kepimpinan di Bukt LArut,Seminar Pengurusan MAsjid di Nilam Puri xkan dilupakan.PAling mengharukan,surprise farewell party utk kami kakak2 senior rkn masjid dgn perbualan lgsg dr UK dgn Aiiman benar2 menyentuh perasaan kami.Ternyata hati2 kita semua kekal tertaut keranaNya.UKhwah fillah abadan abada. Sunnah Orang berjuang.......Teruskan perjuanganmu adik2ku....TAKBIR!

7)Makanan sdp2 (Kedai kak dah,kak ni,blkg Abe,Heritage, Nasi Ulam Cikgu,Ayam Percik Yati,cendol,coconut shake,RB Village,pasar mlm,burger zaki.....)

8)Kuliah Tok Guru setiap Jumaat
   Tok guru yg kukenal:berilmu,penuh tawadu' dan ikhlas.Ilmu yg diperoleh dr tok guru walau sedikit ambo kenang ke akhir hayat. Dihrpkan tok guru selalu gagah di atas jalanNya.Biarpun difitnah dan diancam,diharap Tok Guru terus berjuang.Sunnah orang berjuang.

9)Pasar Khadijah,Pasar MPKB, Jaffar Rawas, KB Mall, Pantai Timur.
Bestnya shopping.......

10)2 kali hilang purse dlm setahun(2009)
Turun naik jbtn pendaftaran,balai polis,jpj.Sadis.Pengajaran utk diri supaya lebih berhati2.

11)Forum Perdana(Dunia Baru)

Kolaborasi dengan B.Ed TESL cohort 3.Sbg panel, mmg mencabr.kena byk wat research.Pengalamn berkongsi idea dgn cikgu2 hebat cam shukri, tiqah,abg shah, n meor mmg x leh dilupakan.need to be upgraded to their level.

12)praktikum
 first praktikum at S.K Sultan Ismail 1 partner with sarah.i luv u sarah!(lelah ngajar sume sts lelaki.plg x tahan dpt surat cinta.adus). second practicum at S.K Kg Sireh partner with Akmal.Mal,igt lagu tema kita,SITUASI by bunkface.huhu.kat sek ni de kelas khas tuk ats cacat penglihatan.remember the great adik Qayyum juara qari and azan keb.

13)soal hati??????
 byk tul gosip.de plak cite2 yg x msk akal pun ada.kdg2 org bercerita ntah dr mana dtg sumbernya.member2 rapat aku pun tak tau.yg penting,hanya Dia yang tahu catatan sebenar hatiku. Aku milikNya.....Biarlah Dia mengatur segalanya.Ak percy yg terbaik buatku....Gosip2 tu semua palsu belaka.

14)Kelas renang
Setiap ari Rabu de kls renang kat Kompleks Sukan Zainab tuk muslimah.mmg best.seronok main air.x leh lupa,aku hampir2 lemas sbb gatal2 pergi tempat dlm.mula2 ok,pastu tiba2 keletihan.igt pro sgt...huhu...

15)Solat tarawih di stadium
Rasa mcm berada di Makkah situasi ni.Mmg layak kelantan digelar serambi Makkah.Syahdunya.....








Thursday, December 3, 2009

Merawat luka yang terpendam......

Merawat luka yang terpendam
Kesannya masih berdarah
Hendak ku tangiskan tiada pedih
Yang telah terjadi padaku
Pasrah aku terima
* Kau hujankan penghinaan
Aku renjis kesabaran
Aku curah pertanyaan
Adakah bahagia nanti akan menyingkir hiba
Dalam ribut ada hina
Dalam tenang ada sabar
Dalam tangis sendirian
Berkemungkinankan bahagia nanti akan menyusur tiba
Bukan ku mengundang bencana
Juga tak ku menabur dosa
Tak dapat dinafi kebetulan
Dugaan menimpa diriku
Rela aku terima





p/s:suka lirik lagu ni....




Monday, November 2, 2009

Teruskan Perjuangan...



Alhamdulillah, hari ni dah selesai exam. tawakal je r pepun keputusannya.soalan mmg mencabar coz terlalu byk benda perlu dijawab. Mgkin sekarang ni ramai rakan2 yg dah meraikan 'KEMERDEKAAN' mereka. 

Tapi, aku belum lg merdeka. Masih ada 2 asignment yg blm complete(BI n MAths). Cbrn aku utk asignment kali ni adalah' mental block'.What happen actually? Duduk mengadap laptop lama,tapi x siap2 jugak. mmg dugaan. Rasa letih,jemu, tertekan sumenya bercampur membentuk sebatian yg susah diuraikan(macam bhn kimia r plak).Then,aku pun surfing lmn web I  luv islam. Artikel ttg menuntut ilmu ni btl2 buat aku sedar. 

"Adapun mereka yang malas, mudah patah semangat, tidak berghairah dan sentiasa menunggu dorongan daripada orang lain, maka orang yang seperti ini jarang sekali dapat berjaya dalam usahanya mencari ilmu".

Mcm jln menuju puncak dlm gambar 2, penuh onak dan duri. Kalo di tgh jln kita mengalah, jgn harap aka sampai ke puncak. If usaha kita 50%,so hasilnya pun 50% juga. And,penting juga untuk kita jaga hati krn ilmu itu cahaya.Cahaya itu tidak akan menembusi hati2 yg kotor.Untuk mendapatkan cahaya itu,kita perlu:

1)Jaga hubungan kita dengan ALLAH (sangat penting)antaranya solat jangan tinggal..
2Jjaga hubungan dengan Guru2 (jangan bersangaka buruk n minta dihalalkan ilmu@ sbgnya)
3)Jaga dengan mak ayah (minta maaf nrestu..minta doakan moga dipermudahkan..)
4)Jaga juga hubungan dengan kawan2..(kadang2 kita tak tau ada kawan2 yang terasa hati dengan kita..samada sengaja atau tidak..)

 


Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad(Hadith)Jadi, sama-samalah kita betulkan niat, semaikan azam, dan bina semangat yang tinggi untuk berusaha mencari ilmu. Insya Allah.

*Peringatan buat diriku yg sentiasa alpa....


Wednesday, October 28, 2009

PoK gUArD YG teRLAMpAU

Kisahnya bermula di satu ptg.
Situasi 1:
pok guard: mane no kad?
ain jai:sy punye no kad td.....
pok guard: nape plak?
ain jai:td sy kuar ngan org len.dia da amik td.
pok guard:ni la masalahnye...
ainjai:ape lak masalhnye(dalam kebingungan)
p.g: ni la masalah awak sume...
ainjai: apa lak masalahnye (dengan nada sedikit keras dan kebengangan)
p.g:pegi sesame, balik asing2!!!

ain jai:@$#R%^(^/?
p.g membebel dan membebel lagi tanpa dipedulikan oleh ainjai....

Situasi 2:
pok guard:turun sume!
kak kin:la,nape plak ni..
p.g:kad matrik mana?
kak kin:ha,nak kad matrik ke?bkn kuar pakai kad kolej kediaman ke?
p.g:x bc ke kat blkg kad matrik 2?
kak kin:kad matrik kt bilik
p.g:pegi blk amik skang!!!!!!!
k.kin amik kad matrik, tapi p.guard len dan mude yg jaga...
kak kin:(dgn muka yg tersengih)ni kad saya!
p.g:apsal ko krg ajar?
kak kin:pak cik ckp ngan sy ke?sy igt pak cik ckp ngan kwn sy td(dgn muka rase bersalah)
p.g:sy ckp ngan awk lah!!!!!!!
kak kin:ok,sy mintak maaf,pak cik....
p.g:xkira,ape nama awk?
kak kin:nape nak amik nama sy plak?
p.g:sbb wak krg ajar
kak kin:amik r pak cik
tiba2 ade pak guard muda msk cmpur n keruhkan lg keadaan.....dah jadi cam tahanan penjara kitorg ni...
P.g muda:kitorg nak mendisiplinkan awk sume....
CONFUSE???????

Situasi ct,ima n ain rahman
mula2, ct sorg je trn letak kad.then,tiba2 pak guard suh turun sume dgn garangnya.
ct pun panggil yg len trn.kuar r dgn muka penuh senyuman...
p.g: kad matrik mana?!!!!
ct:bkn kuar guna kad kolej kediaman ke?
p.g:x reti baca blkg kad matrik 2?
ct:(dlm ati) blkg kad matrik 2 tulis pe?
p.g:bw kad matrik x?
ct:xla,selama ni kuar ngan kad kolej kediaman je.xpnh bg tau pun psl kad matrik 2
p.g: dah byk kali aku bg tau r!!!!!!
       nama ape?
ct: nak kena blk amik kad ke?
p.g: halah.....g blk skang!!!
ct:ain bw kad matrik.wakil sorg tak leh ke?lgpun, mklumat dlm kad matrik n kolej kediaman sama je
p.g: kalo gitu...tggl i.c.
ima: apasal lak kena tggl i.c. bahaya la gitu...xkan kitorg nak kuar xde i.c.
p.g:kalo gitu,sy isi nama awk dlm brg ni
ct:(borang pe ni?)
p.g: sbb awk x bw kad matrik,sy nak isi brg ni ttg maklumat awk.bagi kat pengarah.(berlagak gila muka pak guard 2)
ima: eh,jap2...nak buat ape ngan nama kitorg td?
p.g: bg pengarah....tgk ni...
ima: nak bg nama kitorg kat pengarah sbb x tggal kad matrik?mane bleh camtu..pe rasionalnya nak kena tunjuk kad matrik n kad kolej kediaman sekali?
p.g:kad kolej kena tggal.kad matrik utk awk bw.In case kalo jd gapo2,tahulah awk ni bdk mktb!!!
p.g:bw lg brg byk2 tu....
de sorg pok guard muda bw berguni2 lg brg tu ngan muke berlagak nak tunjuk diorg disebelahi pengarah.
ct:xpe r ima.bg je nama...
ain:kad matrik sy dlm keta.nak kena amik ke?
p.g:g amik
ain pun g amik
ain:nah!
p.g:eh, xleh2,awok tok gatung tekok tadi!x kira!amik juga namo dio!
ct,ima n ain:BENGANG TAK TERKATA!!!!!!

Situasi hangat!:
Sorg bdk sains junior dipukul sbb x tggalkan kad. pok guard pura2 jadi warden dgn bg annoucement
p.g:kpd pemilik motor berplat......sila turun ke dpn bilik warden skrg!
adik 2 pun trn r....tp,rupa2nya pak guard je
adik junir:kata warden nak jumpa?mana warden?
p.g: warden wakilkan sy
adik junior:xde2 sy trn sbb warden.bkn nak jumpa wak.
pok guard pukul adik 2 dgn topi keledar.nasib baik de bdk lain kebetulan lalu n tolong leraikan.kalo x, teruk gak bdk 2 dikerjakan.

KESIMPULANNYA,PAK GUARD SGT BERKUASA SKRG!DIA BOLEH BUAT TINDAKAN SESUKA ATI JE SEBB DPT SOKONGAN PIHAK ATASAN.KAMI WARGA ASRAMA YG SERING DIANIAYAI POK GUARD YG LYN KITORG MACM TAHANN PENJARA TIDAK DIENDAHKAN.LEBIH MALANG LAGI, PAK GUARD BERANI MENGUGUT KAMI.CT PUN PERNAH DIUGUT DGN KATA2 BERBAUR ANCAMAN DR PAK GUARD.YG PELIKNYA,KENAPA PIHAK TERBABIT TIDAK MENGAMBIL PEDULI KEBAJIKAN PELAJAR TAPI KEBAJIKAN PAK GUARD YG SERING TAK MUNASABAH.CONFUSE.....##@!#$%^^&/?

Tuesday, October 27, 2009

Isu hangat IPGMKKB-salah siapa?

25/10/09
hari ni aku dikejutkan dgn berita bdk junior sains yg dipukul pak guard krn x meningglkan kad semasa keluar dr mktb.MasyaAllah...apa kuasa pak guard nak menghukum sampai mcm 2?Actually,aku n kwn2 pun pernah ada kes x puas ati ngan pak guard 2.tapi.....aku tertanya2,cmne mktb wat pemilihan guard?adakah sebaragn org je boleh diupah sbg guard coz de rumours mengatakan ada guard yg ahli mat rempit.

26/10/09
surat lyg bertajuk ADAKAH KITA SANGGUP MENJADI GURU YANG BODOH,BACUL ATAU HAMBA ABDI disebarkan secara meluas di kafe. surat tersebut menghentam peranan n attitude JPP n HEP. Aku tidaklah menyokong 100% isi kandungan surat tu,ada yg aku setuju n ada yg tak setuju.Aku simpati dgn nasib adik junior yg tersepit krn haknya sbg guru pelatih yg perlu dilindungi semasa berda dikwsn mktb seolah2 dinafikan.tapi,yg mengganggu fikiran aku sekarg, apa nak jadi dgn masa dpn IPGM yg sepatutnya berperanan melahirkan guru2 yg berkualiti dari sudut sahsiah dan ilmu?Pd pendapat aku,tak wajar guru2 pelatih dididik dan dilayan seperti pelajar2 sekolah dengan suara2 tinggi n peraturan2 yg kadangkala tidak masuk akal. Salah siapa sampai ada yg melabel HEP sbg Hal Ehwal Puaka yg mengamalkan piagam 3T(Tengking,tempik,teriak).Astaghfirullah....semoga pihak yg terbabit tidak hanya mendiamkan diri dan 'SEDAR' ttg fenomena salah asuhan yg melanda IPG ini....Apa pendapat anda?

Sunday, October 11, 2009

Diuji sekali lagi....

Minggu ni,aku rase serabut sgt2...Mula2,kes purse aku hilang buat kali kedu(kali pertama kat sekolah time praktikum).Memang malang tak berbau. 3 Oktober 2009, aku,kak kin ,mal n aida ditugaskan survey hotel for B.Ed Mathematics seminar. Kitorg blk mktb naik bas. Tgh dok beratur pjg byr tiket, aku tak sedar bila masa pencuri professional tu berjaya mengambil purse kesayangan aku dlm handbag yg aku galas. Lelaki tu mmg nmpak pelik dr awal sebab dia bawa topi keledar naik bas.Pastu,dia bagi laluan aku beratur kat dpn.Kaki kin,mal n aida dia tak bagi plak. Kata diorang bertiga
"Apsal r mamat ni bw topi keledar nek bas.safety aspect ke apa?". Rupa2nya,bukan safety aspect tapi stealing strategy .kui3...

Dipendekkan cite, aku sedar purse ilang masa nak simpan duit baki tiket bas dlm purse. "Kak kin,purse nadzrah mana?".Kitorg saling memandang. Semua terfikir lelaki tadi..Aku blur seketika.Tak bleh nak pikir.Then, aku pegi tanya kat pakcik driver kot2 r pusr tu tercicir kat depan. Takde!And, dari dlm bas, aku nampak kelibat lelaki tadi berlari.Rasa nak kejar,tapi aku pakai jubah time tu.Lgpun,bas dah gerak.Nak je aku jerit kat lelaki tu."Woi,pulangkan purse aku tu!ko nak duit amik r.Jgn r menyusahkan aku kali kedua!"
Dalam hati je r aku mampu berkata2.

Terpaksa r aku meminjam di sana sini wat sementara waktu.  Thanks for ur help my friends. Tapi, sampai sekarg still sedih ngan kehilangn purse tu coz it has sentimental value. It was my birthday present n da lama aku simpan hasrat nak beli purse tu. And,duit pound yg aku simpan ckit dlm 2 tuk wat kengn pun dah takde.Pepun,aku redha dg ujian2(byk lg ujian) di spnjg minggu ni. Aku percaya Allah ujian Allah ni ckit je.Allah tidak akan membebani seseorg dgn pe yg tidak mampu dihadapinya(Surah Al-Baqarah:286)

Tuesday, September 15, 2009

gembira+sedikit kekesalan=BELUM SEMPURNA

sk sembulan
  canopy walkgunung kinabalu


Ramadhan kali ni,terlalu pantas berlalu. Rasa mcm x percaya je tggal beberapa hari lagi Ramadhan akan melabuhkan tirainya.Aku gembira sbb dpt berbuka puasa selama seminggu ngan family.Aku gembira kerana hajatku utk bertarawih di stadium tercapai.aku gembira krn dpt membaca kalam suci Allah setakat yg ku mampu.Aku gembira krn dpt bersama rakan2 seperjuangan merakam detik2 akhir kami bersama bercuti di negeri bawah bayu, Sabah.......SUBHANALLAH,indahnya pemandgan gunung Kinabalu ciptaan tuhan...Seronok juga dpt buat active learning activity in mathematics ngan students SK Sembulan. Bijak jugak bdk2 tu. Mayb sebab sek tu kat kwsan bandar. Uniknya,kelas2 kat sek ni berbentuk kabin sbb kls2 yg ada sblm ni retak akibat bgunan sek merupakan tempat laluan flight. Menariknya,library sek ni merupakan library terbaik di sabah n masuk pertandingan akhir peringkat kebangsaan. Melihat semgat ustazah Aishah membgnkan library tu from zero to hero,meningkatkan motivasi aku utk menjadi seorg guru yg cekal berbakti kelak.I enjoy the trip even though quite tired..
Namun, dalam kegembiraan tersebut,ada juga kekesalan di hatiku ini. Byk jugak kesilapan2 yg aku tlh lakukan.ada juga tersilap kata,melukakan hati teman2..walaupun tidak berniat di hati utk melukakan sesiapa(sekadar igin bergurau),namun terkadg kita tidak sedar lidah yg tidak bertulang ini mampu menghiris setajam pisau. SEDIH...Kata orang,berdiam lebih baik. Tapi,bila kita BERDIAM kerana takut melukakan,ada juga insan yg terluka kerana kita mendiamkan diri. Kdg2,aku tertanya,apakah yg terbaik sebenarnya?1001 kemaafan kupinta andai bicaraku dan tindakanku ada yg melukakan.masih banyak yg perlu kubaiki dlm diri ini.
Aku kesal dlm seronok2 bjln2 di Sabah,amalanku di 10 mlm terakhir ni ntah kemana. Merudum sama sekali. Aku sedar,kekuatan dalamanku belum cukup lagi. jiwaku masih memerlukan banyak lagi santapan rohani untuk menyempurnakan diri.. Sesungguhnya,kembaraku utk bertaqarrub dgnMu di bulan Ramadhan ini,masih BELUM SEMPURNA......

Thursday, September 3, 2009

Biskut jadi kek???

Sblm blk mktb aritu,aku sempat r wat tiga jenis kuih with my lovely sis,Eda.Kitorg wat biskut cornflakes madu(favourite rumate),triple chip chocolate n siput(bukan siput sedut kuning).

Kitorg wat kuih ni lps tarawih.so,sampai ke tgh mlm r dok bakar kuih.cam biasa,berborak sakan r aku n akak aku tgh2 mlm.pagi esoknya,kena mrh ngan ayh coz kitorg bising,ye x bleh tido.huhu...sori,ayah..

Alhamdulillah,biskut cornflakes n siput menjadi.What happen to triple chip chocolate?...tak jadi biskut.tapi jadi kek.Kui3x...dpt kritikan dr mak n ayah(sabor je r).
Reflect punya reflect,ak n Eda dpt kesan 3 keslhn kitorg:
1)tambah kuantiti telur(konon telur kat uma kecik2 saiznya)
2)salah suhu(silap convert suhu fahrenheit kpd celcius)
3)buat ayh tak leh tido mlm sbb BISING!!!

Tapi,yg aku hairan bila bw blk bg kt kenkawan,diorg sume kata sedap biskut tak menjadi tu...Siap de yg kata
"Kek ni cam kek brownies r.kalah secret recipe"
"sedap.nak resipi.."
"len kali wat camni lg,eh.jgn wat yg btl2 jd biskut"

Abis kek tu dlm satu mlm je.So,x membazir r biskut x menjadi aku tu...wat member yg nak resipi tu,ni resipinya.bukan yg jadi kek tau.tapi biskut...hehe..kalo nak jadikn kek gak,wat r kesilapan di atas tu.hehe..

Sumber : Taste of Home
Bahan
3/4 cawan butter.
4 ounce unsweetened chocolate.
2 cawan gula.( baya kurangkan dalam 2 sudu besar).
4 biji telor.
1 1/2 cawan tepung serbaguna.
1/2 cawan cocoa powder.
2 suduteh baking powder.
1/2 sudu teh garam.
1/2 cawan walnut yg dicincang kecil.
2 cawan mini semisweet chcocolate chips.. dibahagi..(1 1/2 cawan dimasukkan dalam adunan. 1/2 cawan digunakan untuk hiasan choc).
2 sudu teh shortening.
Cara
1.     Cairkan butter dan unsweetend chocolate didalam kuali mengunakan kepanasan yg perlahan. Sejukkan..tukar ke bekas mixing bowl masukkan gula dan telor. Beat until smooth. Satukan tepung,cocoa,baking powder,  walnut dan garam. Masukkan skit demi sedikit didalam adunan chocolate yg disejukkan tadi. Kemudian masukkan 1 1/2 cup semisweet chcocolate chips. Tutup dan masukkan kedalam reffrigerate selama 2 jam until dough is easy to handle.
2.     Sudukan dengan gunakan sudu kecil dalam 2 in, letak diatas greased baking sheet. Bake 350F selama 17 minute or edged are set and tops are slighly cracked. Sejukkan selama 2 minute diatas dulang pembakar sebelum diubah keatas wire rack untuk disejukkan sepenuhnya.
3.     Panaskan shortening dan lebihan choc chip dengan suhu yg tinggi, stir until smooth or until choc are melted. Drizzle over cookies. Let stand for 30 minute until chocolate is set. Store in airtight container.

Saturday, August 29, 2009

kisah makcik2 n tadarrus al-quran


Ahlan wasahlan ya Ramadhan.I miss u so much!!!!Nape r mak x letak nama aku Nur Ramadhan sempena aku lahir 1 ramadhan,eh?(monolog di tengahari.xde kaitan ngan entry.hehe..)

Best smbut ramadhan kat uma ni.of course r dpt mkn sedp2...Alhamdulilllah....Tp, aku nak share pengalaman aku bertadarrus ngan makcik2 kt kg aku ni.Start tadarrus dlm kul 10.15 mlm.kira lps tarawih r.ape yg bleh aku katakan,poning kepala,den!

Mana x pening,aku sorg je anak dara yg join tadarrus tu.segan gak nak bc sekali ngan makcik2 ni(termasuk mak aku).ade yg dah x brp nampak,so bc sekat2..ada yang baca tunggang langgang abis.panjang pendek,dengung,sume ntah kemana.Diorg suh aku tegur kalo de slh silap.Tp,mslhnya,bila ditegur,x dgr r plak.kdg2,sbb salahnye byk sgt,aku biarkan je sbb tkt diorg bengang plak kalo asyik tegur. Ada gak diorang gaduh psl tanda berhenti.ada yang ckp tanda 'jim' kecik kat atas wajib berenti.ada yg ckp wajib terus.fuh,masing2 confident.so,diorg rujuk kat aku yg de sedikit ilmu ni.aku pun bg tau r suh tgk directory dlm quran.Selesai...Tanda 'jim' harus berenti dan harus sambung...

De gak mak cik yg complain aku bc laju sgt tak sempat nak semak.so,kene r aku bc slow2.Yg geli hatinya,kdg2 aku kena bace page lebih ckit dr diorg sbb diorg kata aku leh bc lancar,cepat ckit abis.kdg2 aku ase tadarrus kat cni cam pertandingan 'KUMPULAN SAPE PLG BYK BACA'mlm ni.Berlumba2 tanya group len dpt baca brp page 1 mlm.ADUS...

Tapi,sbnrnya yg plg bermakna bila kita baca,memerhati n memikirkan maksud dlm ayat2 yg dibaca.Baru r kita bleh terdorong nak amalkan isi A/-Quran tu.pendek kata,BerTADABBUR dgn Al-Quran.Firman Allah dlm surah an-Nisa',ayat 82 yang bermaksud:"Apakah mereka tidak memperhatikan (isi) al-Quran...?"

Anyway,tahniah pd sume makcik2 yg berusaha bersungguh2 meningkatkn amal di bulan ramadhan ni.Tp, aku doakan n harap diorg sume akan paham maksud tadarrus Quran yg sebenar bukan pertandingan sape baca plg byk sampai tajwid tunggang langgang...Ya Allah,terimalah amalanku dan amalan semua mukminin da mukminat di bulan ramadhan ini.AMEEN....FASTABIQUL KHAIRAT.....

Thursday, August 20, 2009

pergi dengan rungutan,pulang dengan senyuman:>

with alia,balqish n hajar yg tak nak blk kls dia.nak lps rindu kat aku.


Hari ni,19/8/09 B.Ed Maths ada task kena buat kat sekolah.kitorang kena create theory sendiri n then try out activity ngan students kat sekolah.Ala,kena g sekolah g ke??trauma...!!!!!!!ada byk kes kat sek tu.hanya aku n mal je yg tau.x nak g sekolah tu...huhu...(teringat sampai aku tahap hipertension dulu.xpenah2 tekanan drh aku naik setinggi tu).Hurm,penat agaknya kak kin n ain jai yg satu kete ngan kami spnjg perjalanan dgr kami x nak g sekolah.

Tapi,sbb dah tugas,kami pun gagahkan juga g sekolah 2.well,xde pepun yg berlaku.everything is ok.dlm2 ok 2,tersrempak juga ngan org yg buat kitorg trauma tu.sekali lagi,aku hampir2 terkena.cepat2 aku melarikan diri.huhu...trauma2...

Bdk2 enjoy ngan activity investigation yg aku wat.and,sempat gak main twister ngan diorg.sbnrnya mal nak wat kat kls dia.disebabkan tak sempat,wat r kat kls aku.bdk2 tu menangis2 n peluk kitorg kuat2 bila kitorg da abis ngajar.Aduh,bdk2 ni..nyaris2 air mata aku tumpah lagi kat sek ni.Ada gak cikgu2 yg x suka ngan situasi tu."Dah2 jgn nak menangis2,cikgu tu ajar x sampai setahun sibuk nak nangis2"...Oops,nangis pun salah?anyway,kpd ank2 murid teacher,teacher syg kamu sume.especially 4B n 3B.


Aku terfikir,jenis cikgu cmne r aku akan jumpa kat sek nanti?aku suka mengajar,tapi aku tak suka n penat memikirkan kerenah2 yg x sepatutnya ada pd guru.mampu tak aku bawa diri nanti?bukan senang nak mengawal emosi bila berdepan dgn org yang pelik2 ni.pengalaman yg aku dpt kat sekolah tu bukan setakat pedagogy n content knowledge,but also inner strength utk berdepan sbrg kemungkinan x diduga.

Dlm kul 12 tengahari,ain jai pun sampai amik kitorg kat sekolah.kitorg g mkn kat tesco.then,g parkson nk tgk best ke x.(Hurm,bg aku x brp best.cam billion layout dia).Plg best,bila ain jai mengeluarkan idea bernasnya mkn cendol.kedai cendol tu x jauh dr sek keb indera petra.nama jaln dia,x igt r pulak.jln long yunus kalau x silap.
Best sgt2 cendol kat situ.I like it..kak kin ckp,aku da jadi cam Maria Tunku Sabri bila cite psl kesedapan mknn.mmg sedap sgt...isi banyak,tak manis sgt,harga pun berpatutan.RM2.80 je.Lps tu,kitorg meronda kat airport.tgk kpl terbang berlepas.sbnrnya nak beli colek buah,tapi xde rezeki.xpela,cendol td masih mengenyangkan.




Pastu,anta r kete sewa tu blk.kena charge RM45.mls da nak pikir psl harga sbb puas ai berjalan ari ni.And,balik r kami sume dgn senyuman....sebab kitorg enjoy our journey very much.And,kitorg pun reka r tagline "pergi dengan muka monyok,pulang dgn senyuman".

Tuesday, August 18, 2009

Aku terima nikahnya....




Dah final sem ni, ramai sahabat2 yang dah mendirikan masjid dan akan mendirikan masjid tak lama lagi. Alhamdullillah, dah sampai jodoh diorang… Semoga sahabat2 semua mendapat kebahagiaan yang dicari.Aku???Wallahualam, hanya Dia yang tahu. Tapi, bukan mudah sebenarnya seorang pemuda dan pemudi yang belum berkahwin untuk menjaga diri. Terlalu banyak godaan,cabaran dan rintangan.Sesungguhnya aku jua al-insan yang amat2 lemah imannya.Iman umat Islam di akhir zaman.Senipis kulit bawang. Kualiti umat islam diakhir zaman,ibarat buih-buih dilautan.Banyak bilangannya,namun rapuh .Astaghfirullah....

Dalam sebuah ceramah bertajuk Cinta Forever yang pernah aku hadiri,aku amat2 terkesan dgn hadis yang dibacakan oleh ustaz Tn Hj Norazman yang maksudnya lebih kurang macam ni;SIAPA YANG SYOK KAT SESEORANG,TAPI MENAHAN PERASAANNYA,SAMPAI TIBA MASANYA,KALAU DIA MENINGGAL KETIKA ITU,DIA MATI SYAHID.

Aku terkesima.MATI SYAHID?MasyaAllah,rupa2nya tinggi taraf berperang dengan perasaan yang tak syaro' ni. Ustaz menambah lagi,apabila kita silap memilih cinta,cinta selain Allah,merupakan kesesatan dan melemahkan ikhlas dan akhirnya jatuh ke lembah syirik. Sekali lagi aku tersentak. SYIRIK??????

Aku juga terkesan dengan pesanan dari kak Ha(Ustazah Fatimah Syarha:pengarang novel Tautan Hati).Ustazah kata,CINTA MERUPAKAN HADIAH DARIPADA ALLAH UNTUK INSAN BERNAMA HAMBA,WAJARKAH SAYANG HADIAH LEBIH DARIPADA PEMBERINYA?

Namun,Islam tidak pernah membunuh naluri cinta kerana cinta itu fitrah. Tapi yang utama:

1)Cinta Allah

2)Cinta Rasul

3)Cinta Al-Quran

" sesiapa yang bercinta sebelum berkahwin,itu bukan fitrah"

(Ibn Qayyim).

Berkahwin kerana cinta(syirik)

Berkahwin kerana Allah(syaro')

Bila kita sayang makhluk lebih daripada Allah,kita kehilangan Allh.(Nauzubillah.....)

Ini pula petikan dari novel @artikel yang pernah sy baca.Terlupa pulak sumbernya.Tapi,elok untuk direnungkan:

"Kalau benar-benar dia cintakan saya kerana Allah, bukan dengan cara nak mendekati saya selalu dan asyik merindui saya. Itu memang fitrah yang harus diiringi mujahadah. Sepatutnya, dia mendahulukan ummi dan abah saya untuk membuktikan betapa seriusnya dia. Kalau cara ini dianggap susah, tidak salah untuk dia berterus-terang pada saya sendiri tapi biarlah dengan tujuan agar saya sekadar tahu hasrat hatinya bukannya bertujuan agar dapat dapat menghubungi dan berjumpa dengan saya selalu. Itu tidak syaro’! dia harus menganggap perasaan cintanya itu hanya sebahagian kecil daripada kehidupannya kerana masih banyak perkara lain yang perlu diutamakan sebagai seorang pelajar. Lagipun, tak confirm lagi bahawa perasaan itu akan direstui oleh Allah atau tidak kerana mungkin Allah menjanjikan orang yang lebih baik lagi untuknya. Takutlah untuk terlalu sayang pada seseorang kerana mungkin dia akan menjadi orang yang paling dibenci. So, selepas berterus terang, yakinlah dengan kebijaksanaan perancangan Allah. Tutuplah segala pintu yang boleh menjauhkan diri dari mempunyai hubungan dengan Allah. Bila dah benar-benar rasa bersedia, terutamanya bila dah ada ilmu dan pendapatan untuk tanggung sebuah keluarga, tak perlu tunggu lama-lama. Kalau dah jodoh takkan ke mana. Yakinlah pada Allah dan pasrah pada qodo’ dan qodar-Nya. Allah Maha halus perancangan-Nya,”

Cinta Allah takkan mengecewakan. Bila kita utamakan Allah dalam hidup kita, insyaAllah Allah akan utamakan kita pula untuk menjodohkan kita dengan seseorang yang turut mencintai-Nya.InsyaAllah...

Ni beberapa buku yang boleh dijadikan panduan tentang cinta ADAM n HAWA yang syaro'.Best sgt buku2 ni.Aku dah baca. cara penyampaian pun tak membosankan.Sesuai dgn jiwa semua peringkat umur.

1)Aku terima nikahnya(Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)

2)Bercinta Sampai Syurga(Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)

3)Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul(Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin)

4)Satu Rasa Dua Hati(Ustaz Pahrol Mohd Juoi)

5)Men From Mars,Women from Venus(John Gray)





Lastly,hayatilah lirik lagu destinasi cinta ini(Lagu kegemaranku sesuai dgn post kali ni)
.Tumpukan pada part yang aku bold.
Destinasi Cinta
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku..Ya Allah..

p/s:post ni sekadar untuk perkongsian ilmu untuk peringatan bersama.Diri ini juga sering alpa.Amat berat lagi ujian bagi orang yang memberi peringatan.Ya Allah,ampunkan dosa2 hambaMu ini..
p/s:Ustaz Hasrizal ada buat drama bertajuk CINTA SEMPURNA.Aku dah tgk previewnya.memang best.ditayangkan mulai 17 Ogos 2009 di astro Oasis.Setiap Isnin-Jumaat.3p.m,10p.m,4.30a.m