Tuesday, August 18, 2009

Aku terima nikahnya....




Dah final sem ni, ramai sahabat2 yang dah mendirikan masjid dan akan mendirikan masjid tak lama lagi. Alhamdullillah, dah sampai jodoh diorang… Semoga sahabat2 semua mendapat kebahagiaan yang dicari.Aku???Wallahualam, hanya Dia yang tahu. Tapi, bukan mudah sebenarnya seorang pemuda dan pemudi yang belum berkahwin untuk menjaga diri. Terlalu banyak godaan,cabaran dan rintangan.Sesungguhnya aku jua al-insan yang amat2 lemah imannya.Iman umat Islam di akhir zaman.Senipis kulit bawang. Kualiti umat islam diakhir zaman,ibarat buih-buih dilautan.Banyak bilangannya,namun rapuh .Astaghfirullah....

Dalam sebuah ceramah bertajuk Cinta Forever yang pernah aku hadiri,aku amat2 terkesan dgn hadis yang dibacakan oleh ustaz Tn Hj Norazman yang maksudnya lebih kurang macam ni;SIAPA YANG SYOK KAT SESEORANG,TAPI MENAHAN PERASAANNYA,SAMPAI TIBA MASANYA,KALAU DIA MENINGGAL KETIKA ITU,DIA MATI SYAHID.

Aku terkesima.MATI SYAHID?MasyaAllah,rupa2nya tinggi taraf berperang dengan perasaan yang tak syaro' ni. Ustaz menambah lagi,apabila kita silap memilih cinta,cinta selain Allah,merupakan kesesatan dan melemahkan ikhlas dan akhirnya jatuh ke lembah syirik. Sekali lagi aku tersentak. SYIRIK??????

Aku juga terkesan dengan pesanan dari kak Ha(Ustazah Fatimah Syarha:pengarang novel Tautan Hati).Ustazah kata,CINTA MERUPAKAN HADIAH DARIPADA ALLAH UNTUK INSAN BERNAMA HAMBA,WAJARKAH SAYANG HADIAH LEBIH DARIPADA PEMBERINYA?

Namun,Islam tidak pernah membunuh naluri cinta kerana cinta itu fitrah. Tapi yang utama:

1)Cinta Allah

2)Cinta Rasul

3)Cinta Al-Quran

" sesiapa yang bercinta sebelum berkahwin,itu bukan fitrah"

(Ibn Qayyim).

Berkahwin kerana cinta(syirik)

Berkahwin kerana Allah(syaro')

Bila kita sayang makhluk lebih daripada Allah,kita kehilangan Allh.(Nauzubillah.....)

Ini pula petikan dari novel @artikel yang pernah sy baca.Terlupa pulak sumbernya.Tapi,elok untuk direnungkan:

"Kalau benar-benar dia cintakan saya kerana Allah, bukan dengan cara nak mendekati saya selalu dan asyik merindui saya. Itu memang fitrah yang harus diiringi mujahadah. Sepatutnya, dia mendahulukan ummi dan abah saya untuk membuktikan betapa seriusnya dia. Kalau cara ini dianggap susah, tidak salah untuk dia berterus-terang pada saya sendiri tapi biarlah dengan tujuan agar saya sekadar tahu hasrat hatinya bukannya bertujuan agar dapat dapat menghubungi dan berjumpa dengan saya selalu. Itu tidak syaro’! dia harus menganggap perasaan cintanya itu hanya sebahagian kecil daripada kehidupannya kerana masih banyak perkara lain yang perlu diutamakan sebagai seorang pelajar. Lagipun, tak confirm lagi bahawa perasaan itu akan direstui oleh Allah atau tidak kerana mungkin Allah menjanjikan orang yang lebih baik lagi untuknya. Takutlah untuk terlalu sayang pada seseorang kerana mungkin dia akan menjadi orang yang paling dibenci. So, selepas berterus terang, yakinlah dengan kebijaksanaan perancangan Allah. Tutuplah segala pintu yang boleh menjauhkan diri dari mempunyai hubungan dengan Allah. Bila dah benar-benar rasa bersedia, terutamanya bila dah ada ilmu dan pendapatan untuk tanggung sebuah keluarga, tak perlu tunggu lama-lama. Kalau dah jodoh takkan ke mana. Yakinlah pada Allah dan pasrah pada qodo’ dan qodar-Nya. Allah Maha halus perancangan-Nya,”

Cinta Allah takkan mengecewakan. Bila kita utamakan Allah dalam hidup kita, insyaAllah Allah akan utamakan kita pula untuk menjodohkan kita dengan seseorang yang turut mencintai-Nya.InsyaAllah...

Ni beberapa buku yang boleh dijadikan panduan tentang cinta ADAM n HAWA yang syaro'.Best sgt buku2 ni.Aku dah baca. cara penyampaian pun tak membosankan.Sesuai dgn jiwa semua peringkat umur.

1)Aku terima nikahnya(Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)

2)Bercinta Sampai Syurga(Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)

3)Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul(Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin)

4)Satu Rasa Dua Hati(Ustaz Pahrol Mohd Juoi)

5)Men From Mars,Women from Venus(John Gray)





Lastly,hayatilah lirik lagu destinasi cinta ini(Lagu kegemaranku sesuai dgn post kali ni)
.Tumpukan pada part yang aku bold.
Destinasi Cinta
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku..Ya Allah..

p/s:post ni sekadar untuk perkongsian ilmu untuk peringatan bersama.Diri ini juga sering alpa.Amat berat lagi ujian bagi orang yang memberi peringatan.Ya Allah,ampunkan dosa2 hambaMu ini..
p/s:Ustaz Hasrizal ada buat drama bertajuk CINTA SEMPURNA.Aku dah tgk previewnya.memang best.ditayangkan mulai 17 Ogos 2009 di astro Oasis.Setiap Isnin-Jumaat.3p.m,10p.m,4.30a.m

5 comments:

Unknown said...

pernikahan adalah salah satu tanggungjawab yg besar dalam hidup..tapi persoalannyer bilakah ia akan berlaku???dengan siapakah kte nanti??wallahua'lam...kata hanya mampu merancang..hanya Dia yang berhak menentukannya...Kalau jodoh xkemana...
d^_^b

MuHaMMaD86 said...

hurm...blogger perempuan B.Ed ni mnat ek citer psl khwn ngn nikah ek...tahniah nadzrah,ur posting nice n meaningful

cinta?...for me,Allah menciptakan cinta yg bbza utk setiap org...perasaan yg kita lalui pn mgkn bbza...to be honestly,ak pnh merasa nikmat cinta n what can i say...great!!!rasa mcm dunia ni milik kita...hahaha...tp kn...bila kita dh smkn dewasa...cinta prlulah mmbmbng cinta kita kpd yg blndskn islam...jgn dating,slg br mmbr smgt dlm soal ibdt dsbnya...xprlu takut bab2 jodoh ni,InsyAllah akn ada suatu hari yg bkl menjadi milik kita...kna sbr n tggu je

pandangan pertama said...

hitamputeh:yes.kalau jodoh xkemana.and,belum tentu jodoh kt di dunia coz ada yg 'pergi' seblm sempat mendirikan masjid.wallahua'lam..

muhammad:wah.dlm diam2 dah ada seseorg rupanya zaid ni.bila mjlisnya?hehe..sy amat2 setuju ngan statement cinta perlulah membmbing cinta kita kpd yg berlandaskan islam.bagus,zaid!

MuHaMMaD86 said...

hurm...sy ckp sy pnh tp sy xckp bnda masih...hahaha

hope u understand!!!

pandangan pertama said...

Muhammad:hehe.tersalah interpret r plak.sori,eh..