Tuesday, August 11, 2009

JUbaH konvo.....




Mula2,aku nak ucap tahniah kat kakak aku(Eda)for her master's convocation today(11/8/09). Mintak maaf banyak2 tak dapat balik.huhu...Bila cakap pasal konvo ni, tentu r ada kaitan ngan jubah konvo. Tahu tak camne asal usul jubah konvo ni? Kalo tak tau,baca r cite aku ni:

Ramai yang beranggapan bahawa jubah konvokesyen berasal dari negara Barat. Tetapi pada hakikatnya, ia adalah pakaian upacara yang dikenakan oleh golongan tertentu, contohnya imam di tempat-tempat ibadah di negara Arab. Apabila suatu pakaian istiadat dipakai, pada kebiasaannya tempat-tempat agama dan ibadat dijadikan rujukan.Jika kita mengimbas kembali sejarah, imam atau ketua-ketua agama dipandang mulia dan dihormati. Dalam konteks upacara konvokesyen pula, graduan merupakan golongan yang cemerlang dalam cara tersendiri.Daripada tempat-tempat beribadat, penggunaan jubah telah tersebar ke negara-negara berhampiran dan akhirnya ke seluruh dunia.

Malah, papan mortar atau mortarboard(topi yang graduan pakai masa konvo) pada asalnya adalah tempat meletakkan al-Quran di kepala. Hanya rekaannya berbeza berbanding hari ini yang dibentuk bersesuaian dengan bentuk kepala, praktikal dan keselesaan.Dahulu, ia hanya sebuah papan leper di kepala untuk meletakkan al-Quran.

Maksudnya,jubah konvo ni berasal daripada islam r. X banggakah kita bila satu dunia(termasuk non-muslim) mengenakan jubah n pakai mortarboard sbg tanda kecemerlangan?Pada saya, itu merupakan satu kejayaan besar dan penghormatan besar bg umat Islam
sbb cara Islam berpakaian dihormati,dimuliakan n dijadikan warisan hingga kini.

p/s:Best tgk org konvo.X sabarnye nak abis belajar.

1 comment:

bob_arie said...

Bangga sungguh aku rasa...(^^)