Tuesday, August 18, 2009

Mak jang sayang nisa',mirza,nazirul,luqman hakim.....

Disebabkan aku da homesick sgt ni,aku nak cite pasal 4 anak buah kesayangan aku ni. 1)Kharunnisa' bt Saiful Azizi(anak kakak aku no2)



Hepi besday to u nisa!(15/8/2006).Anak buah aku,khairunnisa' ni mmg nakal n byk ckp.(mmg best lwn ckp ngan budak ni)tp,rupanya dialah anak buah paling tak materialistik.hehe...mana taknya,aku tanya hadiah besday nak pe,dijawabnya nak gula-gula warna ungu,yang boleh gigit2...so simple.kalau mirza mizwar n al-nazirul mubin,mintak kete control.mahal tu...pening mak jang dibuatnya...

2)Mirza Mizwar bin Yusaini(Anak sulung kakak ak yg sulung)



Mirza the great..budak ni mmg budak plg rajin penah aku jumpa.bygkan,umur dia skang baru 6 thn,tapi bleh ckp cita2 dia secara detail.Ada satu ari tu, dia tanya mama n abahnya" tau x cmne nak jadi angkasawan?"dia pun cite r nk jadi angkawan kena wat test itu ini,kena jd doktor....bla3x....fuh,mmg expert.pastu,dia tanye mama n abah lagi "mama n abah tau tak sape agkasawan pertama?"mama n abah dgn bangganya jwb senang je soklam mija tu,sheikh muzaffar..then,mija tanya lagi angkawan kedua? mama n abah pun jawab dgn senangnya,Dr Faiz...Then,mija tanya lagi,tau tak siapa angkasawan ketiga?mamanya yg blur pun bertanya pada abah"abang,ada angsakawan baru ke skang?"mija dgn bangganya ketawa n kata"mijalah orangnya...!!"Dia ni kuat study.rajin wat latihan dlm buku.b.arab,maths,english sume power.x hairanlah baru ni abah dia bagi hadiah hp sbb dia pandai membaca n menang no 2 dlm story telling competition.GOOD LUCK,Mirza!mak jang doakan mirza dpt capai cita2..

3)Al-Nazirul Mubin bin Yusaini(adik mirza mizwar)



Dia ni hensem.haha..memang kontra gila perangai nazirul n abgnya,mirza.dia ni mls belajar.suka main je.suka cari pasal ngan abgnya sebab jeles abg dia selalu kena puji sbb pandai sgt.tp,dia ni r anak buah paling penyayang.suka layan 'pak bangnya'(abang aku yg terencat akal).anak buah len sume tkt ngan pak bang.lagi satu,dia ni mmg kuat daya imaginasinya.kdg2 kreatif gak.suka wat benda yg unpredictable. pepun,iyul(nama manja nazirul) ttp anak yg baik.biasa r tu,sorg rajin belajar,sorg malas...tapi,dua2 ada kelebihan masing2...
4)Luqman Hakim bin Saiful Azizi(adik nisa')



Tak nampak g perangai dia sbb baru je lahir 17 Mei 2009.tunggu r besar ckit,siap r ko nisa'...adik yg buli kakak nanti.

5)??????
dlm kandungan kakak sulung aku....lelaki ke perempuan?

p/s:rindu kat budak2 ni...bila r bleh de anak sendiri?(oops,isu sensitif ni..hehe...)

Thursday, August 13, 2009

Rezeki yg x disangka2..




Mlm td(12/8/09), mlm bertuah aku n sahabat2(dayah,ina,ida,ani,kak kin,ain jai,akmal,liz,ima,).Kitorg join pertandingan nasyid n busana Muslimah sempena Malam Untukmu Puteri. Sbnrnya kitorg msk suka2 je.nak menambahkan aktiviti n cipta kenangan bersama. Maklum r,dah sem akhir ni.(Sedih plak..uhu..)Tup2 kitorg menang nasyid no 3 n busana no 1. (Kredit wat ani yg tlh menjadikan aku STAR mlm tu..hehe..)Mmg rezeki yg x disangka2...Alhamdullilah....Buat kwn2 len yg x msk,thanks for ur support,guys!

Hurm,syukur sgt2x..Tp aku igtkn diri sendiri supaya byk bersyukur ats segala nikmat tuhan.Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 yg bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan,"Sesungguhnya jjika kamu bersyukur,niscaya Aku akan menambah(nikmat)kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku,maka pasti azab-ku sangat berat)".Mudaha2an kita semua sentiasa menjadi hambaNya yg bersyukur n tidak alpa atas nikmat kurniaan tuhan.

Lg satu,disbbkan UH asyik tekankn critical thinking je,aku nak critical sikit pasal lagu yg kitorg nyanyi iaitu puteriku sayang n kerana cinta.kitorg pilih lagu ni sbb sng nak nyanyi n tujuan utama utk nasihatkan diri n adik2 junior.(tgggjwb sbg kakak super senior).Sebabkan lagu tu pjg,aku nak highlight tang chorus n part yg aku plg tertarik je.

Lagu:PuTeRiKu Syg

C/O

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana

Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama

Tiada siapa yang akan

Boleh merampasnya

Melainkan kau sendiri

Yang pergi menyerah diri

Ketegasanmu umpama

Benteng negara dan agama

Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya

Wahai puteriku sayang

Kau bunga terpelihara

Mahligai syurga itulah tempatnya…


Lagu:KeRaNa CiNTa

Dan jangan pula

Kerana bercinta

Kita pun leka

Entah ke mana

Dan jangan pula

Kerana bercinta

Tergadai semua

Maruah agama

Cinta yang sejati

Hanya cintakan Ilahi

Cinta ayah bonda

Tulus suci selamanya

Cintakan saudara masa berada hanya sementara

Cinta sesama insan

Suburkan dengan KETAQWAAN........

Lastly,aku nak share gmbr ni utk renungan semua wanita(termasuk aku) pakaian2 yg tak patut kita pakai kerana still tak menepati syarak.Yg lelaki pun perlu tau gak.korg akan jadi pemimpin keluarga.so,mesti tau.

Menurut Imam Shafie,ada dua qawl ttg aurat wanita:

1)Semua badannya,tanpa kecuali(inilah qawl yg paling sahih,@plg nyata @muktamad, sebagaimana yg ditrgkn oleh Ibn Hajar Al Haytimiyy didlm az-Zawajir.Al-Baydawiy di dalam tafsirnya,dan lain2 para ulama' Shafi'yyah)

2)Semua bdnnya,melainkan muka dan dua tapak tgn.Boleh didedahkan muka dan tapak tangan di jln dan di hdpn lelaki ajnabi,dgn syarat aman drpd fitnah.Wajib menutup muka dan dua tapak tgn itu, bukan kerana ianya aurat,tetapi menutup fitnah dan fasad.

Firman Allah: dlm surah An-Nur,ayat ke 31 yg bermaksud:"...hendaklah mereka tutupkan tudung mereka ke leher dan ke dada mereka....






Tuesday, August 11, 2009

JUbaH konvo.....




Mula2,aku nak ucap tahniah kat kakak aku(Eda)for her master's convocation today(11/8/09). Mintak maaf banyak2 tak dapat balik.huhu...Bila cakap pasal konvo ni, tentu r ada kaitan ngan jubah konvo. Tahu tak camne asal usul jubah konvo ni? Kalo tak tau,baca r cite aku ni:

Ramai yang beranggapan bahawa jubah konvokesyen berasal dari negara Barat. Tetapi pada hakikatnya, ia adalah pakaian upacara yang dikenakan oleh golongan tertentu, contohnya imam di tempat-tempat ibadah di negara Arab. Apabila suatu pakaian istiadat dipakai, pada kebiasaannya tempat-tempat agama dan ibadat dijadikan rujukan.Jika kita mengimbas kembali sejarah, imam atau ketua-ketua agama dipandang mulia dan dihormati. Dalam konteks upacara konvokesyen pula, graduan merupakan golongan yang cemerlang dalam cara tersendiri.Daripada tempat-tempat beribadat, penggunaan jubah telah tersebar ke negara-negara berhampiran dan akhirnya ke seluruh dunia.

Malah, papan mortar atau mortarboard(topi yang graduan pakai masa konvo) pada asalnya adalah tempat meletakkan al-Quran di kepala. Hanya rekaannya berbeza berbanding hari ini yang dibentuk bersesuaian dengan bentuk kepala, praktikal dan keselesaan.Dahulu, ia hanya sebuah papan leper di kepala untuk meletakkan al-Quran.

Maksudnya,jubah konvo ni berasal daripada islam r. X banggakah kita bila satu dunia(termasuk non-muslim) mengenakan jubah n pakai mortarboard sbg tanda kecemerlangan?Pada saya, itu merupakan satu kejayaan besar dan penghormatan besar bg umat Islam
sbb cara Islam berpakaian dihormati,dimuliakan n dijadikan warisan hingga kini.

p/s:Best tgk org konvo.X sabarnye nak abis belajar.

Monday, August 10, 2009

JoM MaKaN!!!!!




Hari ni(10/8/09,)aku x layak derma darah sebab kepekatan darah terlalu rendah. Niat nak menderma,alih2 aku yang dibagi vitamin tambahan(asid folik n vitamin c ).Rasenya makan byk dah,tapi belum cukup g.(Confuse?@#$%&). Hurm…bila reflect balik,aku rase mungkin aku mengamalkan cara pemakanan yg salah( x seimbang) ataupun metabolisme terlalu tinggi.Ataupun mungkin aku terlepas pandang adab-adab makan yang diajar oleh Islam. Astaghfirullah….. So, aku ingin nak share artikel kat bwh ni sebagai peringatan buat diriku dan sume yg bc artikel ni.


PEDOMAN ADAB-ADAB DAN CARA MAKAN YANG BAIK UNTUK KESIHATAN MENURUT PANDANGAN AHLI-AHLI PERUBATAN ISLAM

Surah Al-A’raf, ayat 31 yang bermaksud …… “makan dan minumlah, dan jangan berlebihan…”


1) Makan hanya bila terasa lapar
2) Sebelum makan hendaklah baca bismillah..
3)Basuh tangan dan kuku dengan bersih.Seboleh-bolehnya dengan menggunakan sabun.
4)Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu.Rasionalnya makan dengan tangan ialah kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan aliran yang dipanggil 'bio-current'yang apabila tersentuh dengan makanan,ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam perut.Ini adalah sebab mengapa makan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.
5)Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikir tentang perkara lain apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu girang dan tenang.
6)Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.
7)Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu
8)Jangan makan makanan lama.Perbanyakkan makan makanan segar
9)Pastikan dapur bersih daripada kuman dan makanan yang terdedah
10)Berpegang pada prinsip "MAKAN UNTUK HIDUP DAN BERIBADAH,BUKAN HIDUP UNTUK MAKAN'
11)Tukang masak hendaklah bermanis muka ketika menghidang makanan ,memakai pakaian bersih dan berwarna indah.
12)Seboleh-bolehnya dinding bilik makan hendaklah berwarna merah jambu kerana ini boleh mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan.