Tuesday, August 11, 2009

JUbaH konvo.....




Mula2,aku nak ucap tahniah kat kakak aku(Eda)for her master's convocation today(11/8/09). Mintak maaf banyak2 tak dapat balik.huhu...Bila cakap pasal konvo ni, tentu r ada kaitan ngan jubah konvo. Tahu tak camne asal usul jubah konvo ni? Kalo tak tau,baca r cite aku ni:

Ramai yang beranggapan bahawa jubah konvokesyen berasal dari negara Barat. Tetapi pada hakikatnya, ia adalah pakaian upacara yang dikenakan oleh golongan tertentu, contohnya imam di tempat-tempat ibadah di negara Arab. Apabila suatu pakaian istiadat dipakai, pada kebiasaannya tempat-tempat agama dan ibadat dijadikan rujukan.Jika kita mengimbas kembali sejarah, imam atau ketua-ketua agama dipandang mulia dan dihormati. Dalam konteks upacara konvokesyen pula, graduan merupakan golongan yang cemerlang dalam cara tersendiri.Daripada tempat-tempat beribadat, penggunaan jubah telah tersebar ke negara-negara berhampiran dan akhirnya ke seluruh dunia.

Malah, papan mortar atau mortarboard(topi yang graduan pakai masa konvo) pada asalnya adalah tempat meletakkan al-Quran di kepala. Hanya rekaannya berbeza berbanding hari ini yang dibentuk bersesuaian dengan bentuk kepala, praktikal dan keselesaan.Dahulu, ia hanya sebuah papan leper di kepala untuk meletakkan al-Quran.

Maksudnya,jubah konvo ni berasal daripada islam r. X banggakah kita bila satu dunia(termasuk non-muslim) mengenakan jubah n pakai mortarboard sbg tanda kecemerlangan?Pada saya, itu merupakan satu kejayaan besar dan penghormatan besar bg umat Islam
sbb cara Islam berpakaian dihormati,dimuliakan n dijadikan warisan hingga kini.

p/s:Best tgk org konvo.X sabarnye nak abis belajar.

Monday, August 10, 2009

JoM MaKaN!!!!!




Hari ni(10/8/09,)aku x layak derma darah sebab kepekatan darah terlalu rendah. Niat nak menderma,alih2 aku yang dibagi vitamin tambahan(asid folik n vitamin c ).Rasenya makan byk dah,tapi belum cukup g.(Confuse?@#$%&). Hurm…bila reflect balik,aku rase mungkin aku mengamalkan cara pemakanan yg salah( x seimbang) ataupun metabolisme terlalu tinggi.Ataupun mungkin aku terlepas pandang adab-adab makan yang diajar oleh Islam. Astaghfirullah….. So, aku ingin nak share artikel kat bwh ni sebagai peringatan buat diriku dan sume yg bc artikel ni.


PEDOMAN ADAB-ADAB DAN CARA MAKAN YANG BAIK UNTUK KESIHATAN MENURUT PANDANGAN AHLI-AHLI PERUBATAN ISLAM

Surah Al-A’raf, ayat 31 yang bermaksud …… “makan dan minumlah, dan jangan berlebihan…”


1) Makan hanya bila terasa lapar
2) Sebelum makan hendaklah baca bismillah..
3)Basuh tangan dan kuku dengan bersih.Seboleh-bolehnya dengan menggunakan sabun.
4)Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu.Rasionalnya makan dengan tangan ialah kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan aliran yang dipanggil 'bio-current'yang apabila tersentuh dengan makanan,ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam perut.Ini adalah sebab mengapa makan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.
5)Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikir tentang perkara lain apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu girang dan tenang.
6)Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.
7)Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu
8)Jangan makan makanan lama.Perbanyakkan makan makanan segar
9)Pastikan dapur bersih daripada kuman dan makanan yang terdedah
10)Berpegang pada prinsip "MAKAN UNTUK HIDUP DAN BERIBADAH,BUKAN HIDUP UNTUK MAKAN'
11)Tukang masak hendaklah bermanis muka ketika menghidang makanan ,memakai pakaian bersih dan berwarna indah.
12)Seboleh-bolehnya dinding bilik makan hendaklah berwarna merah jambu kerana ini boleh mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan.


Sunday, August 9, 2009

Akhirnya kau pergi jua....

Tanggal 8 Ogos 2009,tamatlah riwayat yang tersayang. Dia sempat bersama dgnku hanya selama lebih kurang dua bulan lebih.Aku telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan kau terus hidup.Namun,apakan daya,tuhan lebih menyayangimu.Selamat tinggal kaktusku...Actually,kaktus ni qida(junior pj) yg bg masa besday akyg lalu.ak syg sgt ngat kaktus ni sbb dia comel. Ada dua pokok.salah satunya da mati.bila aku tgk,rupa2nya semut dh menyerg tanah kaktus.rupanya selama ni, bila aku siram kaktus tu,berlumba2 semut dalam tanah tu menghabiskan airnya. Nasib baik pokok lg satu hidup lg. Ak bimbg gak dia akn mengalami nasib yg sama.SEDIH2x....Payah nak berperang ngan semut ni.Semut zaman skrg educated sgt. Ak akn cuba sedaya upaya pastikan kaktus lg satu tu hidup.kalo x berjaya,mmg aku xde jodoh ngan kaktus r nampaknya...isk3x....

Meriam untuk mak















Setelah menempuh onak dan duri,gunung didaki,merentasi lautan samudera(hiperbola).Akhirnya aku berjaya gak cari meriam tembaga idaman mak aku ni. Fuh,nasib baik de gak benda ni dijual kat pasar khadijah.itupun tggal ckit je. rupanya ramai gak peminat meriam tembaga ni.pelik betul aku.igtkan mak aku je de hobi pelik(Ampun mak...hehe....)Pepun, x sabar nak bw blk bg kat mak for her birthday present.Lambatnya nak tunggu 20hb..huhu...(penantian satu penyiksaan)

Thursday, August 6, 2009

BLUR

ak n ina tgh struggle siapkan weekly lesson plan bi.tahniah pd bluerebelz yg berjaya membuatkan group kitorg tiba2 rajin wat lesson plan.satu pencapaian yg julung2 kali berlaku.hehe...chaiyo2 group 1!!!(bila masa ntah kitorg jadi group 1).Takpela, take this as challenge for our own sake.